SYARAT PENYERTAAN
- Pegangan berstatus kediaman dan di atas nama individu sahaja layak menyertai cabutan bertuah. Pemaju, syarikat atau agensi kerajaan adalah tidak layak untuk mengambil bahagian di dalam program ini.
- Pegangan yang dikecualikan/tidak dikenakan cukai bagi tahun 2023 juga tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah.
- Membuat bayaran dari tempoh 1 Januari 2023 sehingga 28 Februari 2023.
- Membuat bayaran mengikut jumlah bayaran cukai taksiran setahun dan tanpa tunggakan dan/atau mempunyai lebihan bayaran pada tarikh yang ditetapkan.
- Bayaran perlu dibuat di semua saluran pembayaran secara dalam talian.
- Nama pemilik di dalam rekod cukai harta hendaklah sama dengan pemilik terkini. Pemilik perlu melengkapkan maklumat pemilik pada Borang I (Borang Pindah Milik) dan Borang J (Borang Waris) jika data berbeza.
- Hanya dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
- Penyertaan adalah secara automatik tanpa perlu mengemukakan borang penyertaan.
- Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja.
- Setiap pemenang akan dihubungi melalui telefon, penghantaran surat dan hebahan melalui laman sesawang dan media sosial rasmi MPKj.
- Penerima cabutan bertuah perlu datang menuntut sendiri hadiah kemenangan.
- Sekiranya berlaku kematian pada pemilik dalam tahun cabutan, waris yang sah mengikut undang-undang boleh menuntut hadiah kemenangan tertakluk kepada kematian pada tahun cabutan bertuah dibuat. Sekiranya kematian berlaku sebelum tahun cabutan maka kemenangan terbatal secara automatik.
- Sebarang maklumat yang tidak dikemaskini/tidak terkini/tiada maklumat di dalam sistem taksiran MPKj maka kemenangan terbatal secara automatik.
- Sekiranya terdapat percanggahan antara maklumat yang diberikan oleh pemenang dengan MPKj maka kemenangan terbatal secara automatik.
Klik di sini untuk paparan fail PDF
Bahagian Hasil
Majlis Perbandaran Kajanng