Tujuan Penubuhan MPP
Tujuan penubuhan MPP seperti berikut:
Memperkukuh dan memperkemaskan fungsi Ahli Majlis sebagai agen penghubung di antara Majlis dan Masyarakat.
Menjadi saluran maklumat kepada masyarakat.
Menjadi badan pentadbiran yang menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada pihak Majlis.
Membantu meningkatkan mutu perkhidmatan Majlis dengan penyertaan dan pandangan mereka.
Menggalakkan penyertaan penduduk setempat di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis.
Merancang program-program mesra rakyat.
Memantau aktiviti-aktiviti persatuan penduduk di kawasan zon masing-masing.
Menyelaras bentuk bantuan yang seimbang kepada persatuan-persatuan penduduk.
Selaras dengan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mampan.
Pelaksanaan MPP
Bagi memastikan segala program berjalan dengan lancar dan berkesan, semua program dan aktiviti yang hendak dijalankan perlu dirancang dalam tempoh setahun:
Semua aktiviti yang hendak dijalankan mesti dibincangkan dan dipersetujui di peringkat ahli jawatankuasa MPP Zon terlebih dahulu.
Pengerusi MPP Zon bertanggungjawab mengemukakan laporan aktiviti yang hendak dijalankan ke mesyuarat jawatankuasa MPP Induk yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua.
Semua aktiviti hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan MPP Induk.