Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Jabatan-jabatan di MPKj

Image

ZALINDA BT. ZAINUDIN,P.P.T

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Zalinda bt. Zainuddin, P.P.T

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif

  1. Memastikan hal-hal pentadbiran pejabat; perjawatan; perkhidmatan; belanjawan; Integriti staf dan pembangunan sumber manusia diurus dengan cekap dan berkesan selaras dengan peraturan-peraturan semasa.

  2. Memastikan perolehan, penyelenggaraan, keselamatan dan pelupusan aset serta harta modal Jabatan adalah diurus dengan baik dan mematuhi peraturan-peraturan semasa.

  3. Memastikan latihan dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi disediakan untuk warga kerja MPKj serta orang awam bagi meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan.

Visi

Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan
 

Misi

Mewujudkan staf yang berintegriti dan berdaya saing

Fungsi

  • Bahagian Pentadbiran Am dan Keurusetiaan

  • Bahagian Sumber Manusia

  • Bahagian Bekalan & Perolehan 

  • Bahagian Teknologi Maklumat

  • Bahagian Pengurusan Aset

Hubungi Kami
Jabatan Khidmat Pengurusan
Tingkat 6B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87377897
                   03-87348705 (Bahagian Teknologi Maklumat)

Image

HAJI REDUAN BIN IDRIS, A.M.S, P.P.T

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Haji Reduan bin Idris, PPT

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objekif
Memberi perkhidmatan perancangan dan pembangunan bandar untuk keselesaan warga penduduk selaras dengan ketetapan ISO dan dasar Majlis.

Misi
Memastikan perancangan pembangunan selaras dengan Misi Majlis.

Visi
Ke arah perancangan yang harmoni dan mampan.

Fungsi

  • Memastikan perancangan gunatanah yang teratur berdasarkan kepada rancangan struktur/tempatan, dasar dan garis panduan perancangan.

  • Memproses permohonan kebenaran merancang berdasarkan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172.

  • Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap isu-isu semasa perancangan dan pembangunan.

  • Melaksanakan program Bandar Selamat, Pembangunan Mampan dan MURNInet.

  • Menyediakan dan meneruskan penyediaan Rancangan Pemajuan (Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas).

  • Menyediakan pelan-pelan tindakan bagi kawasan baru yang hendak dimajukan atau dinaiktaraf.

  • Menyediakan data dan maklumat serta membangunkan aplikasi berdasarkan isu-isu perancangan dan pembangunan secara digital.

  • Menyediakan maklumat dan memantau urusan setinggan, kilang dan bangunan tanpa kebenaran.

  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta 172.

  • Mengendalikan projek-projek bersama dengan kerajaan negeri dan persekutuan dalam memperkukuhkan organisasi jabatan dibawah program Pembangunan mampan seperti Program Bandar Selamat, LA21, MURNINet, ‘Low Carbon City’ dan ‘Smart City’ dan lain-lain lagi.

  • Merancang dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selari dengan kepesatan pembangunan untuk kemudahan dan keselesaan warga MPKj.

  • Mewartakan kawasan lapang dan tapak-tapak kemudahan awam di bawah kawal selia MPKj bagi memastikan tanah-tanah kerajaan terkawal dan tidak dicerobohi.

  • Memantau dan memproses permohonan ‘guarded community’ bagi perumahan sediada.

 

Hubungi Kami
Jabatan Perancangan Pembangunan
Tingkat 3A, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87331260

Image

HAJI MUHAMMAD RUZAINI BIN RAMLI, P.J.K

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Haji Muhammad Ruzaini bin Ramli P.J.K

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif
Memberi nasihat serta khidmat berkaitan perundangan kepada Majlis dan jabatan-jabatan dalaman di bawahnya supaya beroperasi bersesuaian serta bertepatan dengan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.

Fungsi

  • Memberi khidmat nasihat dan pandangan mengenai urusan perundangan terhadap organisasi dalaman Majlis.

  • Menyediakan dan menyemak dokumen perjanjian yang akan dimasuki Majlis.

  • Menjalankan tindakan pendakwaan di Mahkamah terhadap kes-kes perlanggaran undang-undang Majlis.

  • Menyelia tindakan Mahkamah terhadap pemegang-pemegang harta yang tidak menjelaskan cukai taksiran.

  • Menyelia, memproses dan mengeluarkan notis peringatan terhadap kompaun-kompaun yang tidak berbayar.

  • Menggubal dan meminda undang-undang kecil Majlis mengikut kesesuaian dan keperluan.

Hubungi Kami
Jabatan Undang-Undang
Tingkat 2B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87365345

Image

LAR. NORAZMAN BIN ABD RAHIM, P.P.T

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : LAR. Norazman bin Abd Rahim, P.P.T

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif

Untuk Menjadikan Kajang Sebagai Perbandaran Berdaya Huni Yang Mempunyai Landskap Dan Persekitaran Yang Tersendiri & Beridentiti Dengan Berlandaskan Kawalan Pembangunan Dan Pengurusan Landskap Yang Dinamik, Sejahtera Dan Tidak Menjejaskan Alam Semulajadi

Visi

Ke Arah Merealisasikan Visualisasi Landskap Perbandaran Kajang Yang Dinamik, Hijau Dan Sejahtera

Misi

Pembangunan Dan Pengurusan Landskap Yang Berkesan Dengan Menyeimbangi Alam Semulajadi, Rekabentuk Yang Dinamik Serta Menjamin Kesejahteraan Penduduk

Fungsi

  1. Merancang, Mengurus Dan Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan & Naiktaraf Berkaitan Pengindahan Kawasan, Kemudahan Riadah dan Rekreasi.

  2. Merancang, Mengurus Dan Melaksanakan Program Penyelenggaraan Pokok Teduhan Dan Landskap Perbandaran.

  3. Mengawal dan Memproses Permohonan Pelan Landskap Yang Melibatkan Kelulusan Dan Sokongan Projek Pembangunan.

  4. Merancang, Mengurus dan Menjalankan Pengurusan Tapak Semaian, Hiasan Majlis Keraian Rasmi, Program Pengindahan Bandar dan Penyerahan Sumbangan Input Pertanian (Pokok dan media tanaman) kepada komuniti.

  5. Menguruskan dan Menyelesaikan Aduan / Permasalahan Awam.

Hubungi Kami
Jabatan Lanskap & Rekreasi

 

Image

Jabatan Pembangunan Masyarakat

KAMARUL IZLAN BIN SULAIMAN

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Mohammad Izuddin bin Ramli

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif
Menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan dan menjadi pemudah cara yang mesra di antara warga perbandaran dan jabatan di MPKj dalam menganjur, menyelaras dan menyediakan aktiviti serta program kemasyarakatan kepada masyarakat setempat

Misi
Menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk pembangunan sosial dan kemasyarakatan kepada warga perbandaran Kajang

Visi
Menjadikan warga perbandaran Kajang sebagai sebuah komuniti yang cergas, positif dan bermaklumat

Fungsi

  1. Bertanggungjawab merancang, mengkaji dan menyediakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dari segi kebudayaan, sukan mahupun sosial bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara pihak Majlis dan masyarakat serta memupuk semangat perpaduan pelbagai bangsa dan peringkat umur di kalangan masyarakat setempat.

  2. Bertanggungjawab merancang, memantau dan menggerakkan persatuan  - persatuan penduduk melakukan aktiviti-aktiviti yang bercorak pendidikan dan pembangunan masyarakat melalui Unit Majlis Perwakilan Penduduk dengan kerjasama bukan badan kerajaan (NGO’s) dan badan-badan koporat selaras dengan matlamat Local Agenda 21

  3. Bertanggungjawab dalam mengumpul, memelihara dan mempamerkan bahan-bahan sejarah mengenai sate dan Bandar Kajang di Galeri Sate untuk sumber rujukan umum selaras dengan jolokan Bandar Kajang Pusat Sate Terunggul di Malaysia

 

Hubungi Kami
Jabatan Pembangunan Masyarakat

25-2, Jalan Metro Avenue 1,
Metro Avenue,
43000 Kajang, Selangor

Image

NOR SHUHADAH BT. BUANG

Ketua

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Nor Shuhadah binti Buang

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif

  • Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

  • Menilai, memeriksa, mengesahkan dan melaporkan tahap kepatuhan pengurusan kewangan dan pentadbiran Majlis ke atas undang-undang, pekeliling, peraturan dan polisi yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh pihak yang berkuasa dan pihak pengurusan tertinggi MPKj.

  • Mengemukakan cadangan dan syor penambahbaikan bagi meningkatkan mutu kualiti pentadbiran dan pengurusan kewangan selaras dengan laporan audit hasil dari penilaian, kajian, pemeriksaan dan pemerhatian yang telah dijalankan.

  • Melaksanakan penilaian, pemeriksaan dan melaporkan tahap kawalan yang telah diambil serta dipraktikkan bagi menjaga dan memelihara keselamatan pungutan wang, stor dan harta-harta majlis.

  • Menilai dan memeriksa tahap kecekapan prestasi pengurusan sesebuah aktiviti, program dan projek Majlis yang sedang atau telah dilaksanakan.

Matlamat Utama

  • Merencanakan dan mewujudkan satu sistem kawalan dalaman yang baik dan sempurna kepada pihak pengurusan ke atas hal ehwal kewangan, operasi dan projek MPKj.

  • Memastikan segala proses kerja dan operasi yang dijalankan oleh pihak pengurusan adalah mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang yang telah diwartakan.

  • Memastikan standard dan kualiti pengurusan organisasi Majlis adalah pada tahap yang baik dan bermutu tinggi.

 

Hubungi Kami
Unit Audit Dalam
Tingkat 7B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87394808

Image

IR. HAJJAH FADILAH BT. RAZALLI, A.I.S, P.P.T

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Ir. Hajjah Fadilah binti Razalli A.I.S, P.P.T

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif

Menyedia dan Menyelenggara Infrastruktur dan Kemudahan Awam Di Seluruh Kawasan Pentadbiran MPKj

Misi

Memantau pembangunan infrastruktur bagi mewujudkan prasarana yang berkualiti, selesa dan indah berorientasikan undang-undang dan amalan kejuruteraan.

Fungsi

Projek pembangunan

Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam

Mekanikal dan elektrikal

Perolehan

Hubungi Kami

Jabatan Kejuruteraan

Tingkat 5B, Menara MPKj,

Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,

43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

No. Faks : 03-87399060

Image

SR. ABDUL HAIZUL FAISAL BIN ABDUL HAMID, P.P.T

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Sr. Abdul Haizul Faisal bin Abdul Hamid P.P.T

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif
Mengurus aset aset milik majlis dari segi penyewaan, penyelenggaraan, insurans supaya dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada penyewa serta meningkat hasil bukan cukai Majlis pada tahap optimum.

Misi

  • Mempertingkatkan kutipan hasil bukan cukai pada tahap optimum mengikut semakan kadar sewaan semasa.

  • Mengurus dan menyelenggara harta-harta Majlis supaya dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada penyewa.

  • Bertindak secara proaktif terhadap sebarang aduan.

  • Mengurus dan memproses penyewaan Kawasan Lapang, Papan Tanda Iklan Luaran (Billboard) atas tanah kerajaan di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

  • Mewujudkan usahasama dengan pihak swasta untuk membangunkan tanah milik  MPKj

Visi

  • Mengoptimakan kadar penghunian dan kutipan sewaan harta-harta Majlis.

  • Mempertingkatkan kutipan dan mengurangkan tunggakan sewa.

  • Menyelaras penyelenggaraan harta-harta Majlis didalam keadaan yang baik dan boleh dihuni.

  • Menyediakan pangkalan data bagi kawasan-kawasan lapang dan jalanraya-jalanraya dibawah penyelenggaraan MPKj yang berpotensi untuk tujuan penyewaan.

Fungsi

  • Bahagian Pengurusan Harta.

  • Bahagian Pengurusan Tanah, Penswastaan dan Papan Tanda Iklan (luaran.)

  • Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

  • Bahagian Tuntutan Tunggakan sewaan dan promosi.

  • Bahagian Pentadbiran.

 

  1. Bertindak mengurus hal-hal yang berkaitan dengan penyewaan harta-harta Majlis Perbandaran Kajang yang merangkumi pasar, medan selera, harta komersial dan ruang niaga. Aspek-aspek penyewaan yang perlu dititikberatkan meliputi sistem inventori penyewa yang lengkap dan pembayaran sewa semasa dan proses tuntutan tunggakan yang teratur.

  2. Memastikan bahawa setiap harta Majlis yang disewakan mendapat pulangan sewaan yang maksima. Akhir sekali fungsi bahagian ini adalah untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan insurans bagi harta-harta Majlis.

  3. Membuat kajian, analisa dan seterusnya membangunkan hartanah milik Majlis dengan cara usahasama dengan syarikat-syarikat swasta. Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Hartanah akan menyenarai tapak-tapak gerai yang telah diluluskan di dalam kelulusan merancang dan membuat permohonan untuk pewartaan.

  4. Mengenalpasti dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tanah-tanah kerajaan dan jalanraya-jalanraya yang sesuai yang sesuai untuk pembangunan papan iklan (billboard).

  5. Melaksanakan urusan penyelarasan aduan jabatan bagi membolehkan MPKj menjalankan fungsi ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

  6. Mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat harta yang terdapat di dalam kawasan Majlis bagi tujuan analisa sewaan mengikut kawasan.

  7. Mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat harta yang terdapat di dalam kawasan Majlis bagi tujuan analisa sewaan dalam menjalankan kerja-kerja penilaian pada masa akan datang.

  8. Memproses maklumbalas aduan yang diterima oleh pihak jabatan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) / email / Ahli Majlis.

Hubungi Kami
Jabatan Pengurusan Harta
Tingkat 4B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87393299

Image

AR. DR. HAJJAH BIBI KHAIRANI BT. MOHAMED SABRI, B.P.C, P.P.T

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Ar. Dr. Hajjah Bibi Khairani binti Mohamed Sabri, B.P.C, P.P.T

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif
Memastikan segala jenis pembangunan meliputi Proses Pelan Bangunan, Kawalan Bangunan Dan Pentadbiran yang berlandaskan kepada undang-undang dan penguatkuasaan yang ditetapkan untuk bermanfaat kepada keselamatan, kesihatan dan kesenangan awam di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Fungsi

  • Bahagian Memproses Pelan

  • Bahagian Kawalan Bangunan

  • Bahagian Pentadbiran

Misi

  • Menguatkuasakan peruntukan undang-undang (Kawalan Bangunan) dan memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti kepada semua pemaju, PSP, pemunya bangunan dan lain-lain pelanggan berlandaskan kepada etika-etika profesionalisma.

Visi

  • Jabatan Kawalan Bangunan PBT yang efisyen dan profesional di Malaysia.

Hubungi Kami
Jabatan Kawalan Bangunan
Tingkat 5A, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No.Faks : 03-87376142

Image

SHARIMAN BIN MOHD NOR, P.P.T, A.M.S

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Shariman bin Mohd Nor, P.P.T

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif
Menguatkuasa dan meningkatkan mutu persekitaran alam kepada orang ramai.

Misi
Memberi perkhidmatan terbaik

Visi
Mewujudkan perbandaran yang bersih dan selesa

Fungsi

Unit Pentadbiran dan Kewangan

  • Menyelaras pengurusan pentadbiran pejabat dan memproses segala tututan pembayaran di peringkat jabatan.

Unit Promosi dan Aduan

  • Merancang, mengurus dan mengadakan ceramah kepada pelbagai kumpulan sasaran berkaitan kesedaran dan pendidikan tentang Demam Denggi dan kebersihan premis makanan.

  • Menerapkan budaya dan melaksanakan program kesedaran amalan 3R di kalangan masyarakat.

Unit Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

  • Memantau serta memastikan kebersihan kawasan operasi pentadbiran MPKj melalui perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dan kawal seliaan yang komprehensif, efisyen dan berkesan.

Unit Alam Sekitar

  • Memantau aktiviti kawalan haiwan kacauganggu, sampah haram dan pencemaran alam sekitar yang mengancam keselamatan penduduk di kawasan pentadbiran Majlis.

Unit Pengurusan Projek

  • Menyemak dan mengulas permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan siap & patuh.

Unit Kawalan Penyakit

  • Menjalankan pencegahan dan kawalan demam denggi di lokaliti kes demam denggi bagi tujuan mengesan dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Unit Kawalan Perniagaan, Kualiti Makanan Dan Kesihatan Am

  • Mengawal dan meningkatkan lagi taraf kebersihan kualiti makanan dari peringkat penyediaan hingga peringkat penjualan bagi premis penjualan makanan dan menjalankan penguatkuasaan dari segi kebersihan dan syarat-syarat lesen premis perniagaan.

 

Hubungi Kami
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
Tingkat 4A, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87367746

Image

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan(COB)

AZMAN BIN ISMAIL

Pengarah

Image

Nama : Azman bin Ismail

Emel :

Objektif
Memastikan penyelenggaraan harta bersama dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang bersih dan harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat.

Fungsi

  • Memastikan pemaju mengadakan Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC).

  • Perlantikan Ejen Pengurusan di bawah Seksyen 86, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

  • Memastikan pemaju / JMB / MC / Ejen Pengurusan menyerahkan akaun beraudit.

  • Menguruskan aduan berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.

  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

  • Memastikan pemaju memfailkan jadual petak.

  • Memastikan pemaju menyerahkan deposit kecacatan harta bersama.

  • Pemfailan penguntukan unit syer bagi pemajuan yang belum ditetapkan unit syer.

Jabatan COB adalah jabatan yang menyelia pengurusan dan penyenggaraan komuniti strata di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang selaras dengan Akta 757 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2015.

Misi

  • Semua kawasan pemajuan berstrata mempunyai badan pengurusan yang dapat menjalankan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama dengan baik.

Visi

  • Kehidupan yang berkualiti, harmoni dan selesa bagi kawasan pemajuan berstrata

Hubungi Kami
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Tingkat 3B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No.Tel/Faks : 03-87368375 

Image

MUQNI MUBARAK BIN ANWAR MUBARAK

Ketua

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Muqni Mubarak bin Anwar Mubarak

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objekif

  • Meningkatkan hubungan dua hala di antara MPKj dengan orang awam

  • Merangka perancangan korporat bagi kakitangan di peringkat jabatan di MPKj

  • Meningkatkan prestasi MPKj dengan meletakkan pengurusan aduan sebagai tunggak utama

  • Mewujudkan hubungan baik di antara MPKj dan pihak media

  • Meningkatkan dan mengekalkan imej baik Majlis Perbandaran Kajang di mata umum supaya berada di tahap optimum

  • Meninggikan martabat jabatan di mata media

Misi

  • Memastikan budaya kerja berkualiti menjadi amalan berterusan setiap kakitangan berteraskan budaya kerja 5E

Visi

  • Mengungguli dan mempelopori budaya kerja berkualiti berpaksikan Tonggak 12

Fungsi

  • Melayani, memproses, menyelaras dan memantau semua aduan berhubung dengan perkhidmatan pihak Majlis Perbandaran Kajang kepada semua orang awam

  • Bertanggungjawab membuat dan memberikan kenyataan akhbar mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Kajang

  • Mengendali buku-buku, risalah berita, laporan dan kempen mengenai Majlis Perbandaran Kajang

  • Mengurus dan mengatur semua upacara-upacara rasmi Majlis Perbandaran Kajang dari segi protokol, kad jemputan, buku cenderamata, teks ucapan dan pihak media

  • Mengumpul keratan-keratan akhbar yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Kajang

  • Bertanggungjawab mengadakan hubungan dua hala dengan pihak jabatan kerajaan, swasta dan korporat

  • Menyediakan laporan-laporan yang dikehendaki oleh Exco Pemantauan MPKj untuk dibentangkan di Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri

  • Merancang dan menyediakan kempen dan seminar yang berbentuk ilmu pengetahuan untuk pelajar sekolah, universiti tempatan dan swasta serta jawatankuasa penduduk

Hubungi Kami
Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam
Tingkat 3A, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-87377899 samb 7001, 7015, 7151, 7152,7157, 7158
Fax : 03-87335743
Hotline : 1-800-88-6755
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

MAHYUDIN BIN ZAINY

Ketua

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Mahyudin bin Zainy

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif

Misi

 

Visi Fungsi

 

Hubungi Kami
Unit Pengurusan Projek dan Fasiliti

Image

ZUNIKA BT. SALEH, S.I.S, A.I.S, P.P.T

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Zunika binti Saleh S.I.S, A.I.S, P.P.T

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif
Memberi Perkhidmatan Sokongan Kewangan kepada semua anggota serta menguruskan hal ehwal pengurusan hasil majlis yang cekap dan berkesan selaras dengan peraturan kewangan yang digunapakai.

Fungsi

  • Bahagian Kewangan

  • Bahagian Hasil

Hubungi Kami
Jabatan Perbendaharaan
Tingkat 2B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87365945 (Bahagian Kewangan)
No. Faks : 03-87331827 (Bahagian Hasil)

Image

SR. MOHAMAD ANDREI TAN BIN BIBIT

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Sr. Mohamad Andrei Tan bin Bibit

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif
Mengenalpasti harta dan menilai semua harta yang terdapat di dalam kawasan MPKJ dengan adil mengikut prinsip dan kaedah penilaian yang telah ditetapkan di dalam Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) di samping menambahkan pendapatan hasil untuk Majlis.

 

Visi
Menguatkuasa cukai taksiran ke atas semua pegangan harta di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang.

 

Misi
Mempertingkatkan kutipan hasil.

Fungsi

  • Memastikan segala penilaian dibuat berdasarkan kepada sasaran kutipan bagi setiap setengah tahun pertama dan kedua.

  • Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan cukai taksiran ke atas harta-harta yang baru memperolehi  Sijil Kelayakan Menduduki dan Borang F dari arkitek.

  • Mengenalpasti tanah-tanah kosong yang terdapat di dalam kawasan operasi untuk dikuatkuasakan cukai taksiran yang bertujuan untuk mengumpul maklumat harta yang boleh dikenakan cukai taksiran bagi menampung perbelanjaan untuk perkhidmatan dan pembangunan.

  • Mengenalpasti dan membuat tindakan susulan ke atas harta-harta milik Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun bagi mengenakan Sumbangan Membantu Kadar.

  • Mengendalikan Mesyuarat Mendengar Bantahan cukai taksiran .

  • Menilai hartanah milik pemaju/individu /pemohon untuk mengenakan caj pemajuan berdasarkan kepada perbezaan nilaian sediada dengan nilai setelah kelulusan pembangunan diperolehi.

  • Mengemaskini maklumat  pemilikan harta melalui proses tukar nama pemilik.

Hubungi Kami
Jabatan Penilaian
Tingkat 4B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87393299

Image

ZAHARI SHUKRI BIN ZAINAL, P.P.T

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Zahari Shukri bin Zainal, P.P.T

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif

  • Memberi kesedaran terhadap pematuhan undang-undang serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan untuk warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dan menaikkan imej Majlis selaras dengan dasar yang telah ditetapkan.

Fungsi

  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui pemeriksaaan, bancian dan tindakan susulan terhadap perkara seperti Lesen Perniagaan, Penjaja Tanpa Kebenaran, Halangan Kaki Lima, Pusat Cuci Kenderaan, Pasar Malam/Pasar Pagi/Pasar Awam dan Penjualan Barang Lusuh.

  • Merancang dan mengatur tindakan operasi bersepadu terhadap perkara seperti Operasi Cyber Cafe Tanpa Lesen, Operasi Rumah Urut Tanpa Lesen, Operasi Halangan Tempat Letak Kenderaan dan Operasi Pusat Hiburan.

  • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aduan mengenai kenderaan yang terbiar.

  • Membuat rondaan dan intipan terhadap aktiviti berkaitan pembuangan sampah haram.

  • Mengurus dan mengendalikan barang-barang sitaan serta menyediakan laporan barang yang hendak dilupuskan.

  • Menyediakan kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan di Mahkamah.

  • Menerima dan memberi maklumbalas terhadap segala aduan yang diterima melalui sistem, panggilan telefon dan bersurat.

  • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap iklan tanpa kebenaran.

  • Membuat kawalan lalulintas serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah-pesalah lalulintas.

Misi

  • Melaksanakan serta memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan dengan effisen, adil dan berkesan kepada semua warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Visi

  • Mewujudkan proses tindakan penguatkuasaan yang adil dan saksama untuk semua warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Hubungi Kami
Jabatan Penguatkuasaan
Majlis Perbandaran Kajang
No 23-G, 23-1 & 23-2,
Jalan Metro Avenue 1, Metro Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-87377899 samb 2018,2002, 2010
Fax : 03-87371943 

Image

MOHAMMAD IZUDDIN BIN RAMLI

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Mohammad Izuddin bin Ramli

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objekif

  • Memastikan semua permohonan lesen perniagaan dan perindustrian, lesen hiburan, permit sementara, lesen pasar malam dan siang yang diterima dengan lengkap dan mematuhi syarat diproses dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Memastikan semua pembaharuan dan kemaskini lesen diproses dengan teratur dan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  • Memberikan perkhidmatan kawalan perniagaan dan penguatkuasaan kepada setiap aktiviti perniagaan di kawasan Majlis Perbandaran Kajang bagi meningkatkan kesejahteraan selaras dengan Akta dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai.

Misi

  • Memberikan perkhidmatan kawalan perniagaan dan penguatkuasaan kepada setiap aktiviti perniagaan di kawasan Majlis Perbandaran Kajang bagimeningkatkan kesejahteraan selaras dengan Akta dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai.

Visi

  • Menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Kajang sebagai lokasi perniagaan yang strategik, selesa dan selamat.

Fungsi

  • Memproses permohonanbaru lesen perniagaan dan perindustrian, lesen hiburan, permit sementara, lesen pasar malam dan siang

  • Memproses pembaharuan semua lesen dan permit sementara.

  • Memproses pembatalan/ kemaskini/ pemulangan cagaran lesen dan permit sementara.

  • Mengawal pengeluaran semua jenis lesen dan permit sementara.

  • Menjalankan pemeriksaan teknikal dan pematuhan syarat.

  • Mengawal dan menjalankan penguatkuasaan keatas premis perniagaan dan iklan yang belesen.

  • Menyiasat dan menyelesaikan aduan awam.

Hubungi Kami
Jabatan Pelesenan dan Penjaja
Tingkat 1A, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87330087

Image

EGNA FRANCIS GITOM A.I.S

Pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Egna Francis Gitom

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif

  • Menyelaras dan memudahcara  proses kelulusan permohonan pembangunan tanah, permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit, dan pela-pelan lain berkaitan cadangan pemajuan;

  • Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah Konsep  Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan

  • Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Parit Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Image

NUR ASMALAILA BT AMLAN

Ketua

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Image

Nama : Nur Asmalaila bt Amlan

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Objektif
Memastikan tadbir urus organisasi dan penginstitusian   integriti dilaksanakan secara  efektif

Visi
Membentuk Pentadbiran MPKj   sebagai organisasi kerajaan    yang berintegriti dan bebas   rasuah

Misi
Menerapkan nilai-nilai murni,integriti dan pencegahahan rasuah di kalangan warga  kerja MPKj

Fungsi

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di MPKj.

  • Memastikan pembudayaan,  penginstitutan dan pelaksanaan integriti di MPKj.

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di MPKj serta memastikan    tindakan susulan yang  sewajarnya diambil.

  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan /maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan  di MPKj.

  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang danperaturan yang berkuatkuasa.

  • Melaksanakan fungsi urusetia  tatatertib.