Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Piagam Pelanggan

BIL
PIAGAM PELANGGAN
1 Komitmen kami menjamin layanan mesra dan perkhidmatan yang terbaik.
2 Memastikan setiap permohonan yang dikemukakan diproses menepati tempoh yang ditentukan dengan cekap dan amanah.
3 Tegas dan adil adalah amalan kami dalam mengawal kegiatan dalam kawasan kami
4 Mewujudkan satu belanjawan yang terkawal dengan mengelakkan pembaziran tanpa mengabaikan kepentingan umum
5 Memastikan pembangunan di daerah ini indah, selesa dan makmur sejajar dengan wawasan nasional.
6 Bil cukai taksiran harta dikeluarkan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai
7 Memberi perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di kawasan komersial dan rumah-rumah pangsa dan 2 hari sekali di kawasan taman-taman perumahan dan pemotongan rumput-rumput dan pembersihan longkang 2 kali sebulan

Kelulusan permohonan pelan-pelan pembangunan dalam tempoh seperti berikut :


BIL
**PIAGAM PELANGGAN
TEMPOH
1 Memberi ulasan permohonan kebenaran merancang 14 Hari
2 Memperakukan pelan pra-hitungan 10 Hari
3 Memberi ulasan permohonan kelulusan Sijil Pematuhan Siap Kerja (CCC) 14 Hari
4 Memberi ulasan permohonan tukar syarat/ pemberimilikan tanah/ pecah sempadan/ pecah bahagian/ lesen menduduki sementara/ permit mengalih batu batuan 14 Hari
5 Memberi kelulusan tukar kegunaan bangunan tadika/ taska/ pusat jagaan (sekiranya tiada bantahan) 30 Hari

**Dengan syarat pihak pemilik / pemaju / arkitek mengemukakan dokumen-dokumen yang lengkap serta sentiasa berhubung dengan jabatan-jabatan terknikal yang terlibat agar sentiasa mendapat penjelasan / komen dengan segera


Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan akan dikeluarkan dalam tempoh seperti berikut :

BIL**PIAGAM PELANGGANTEMPOH
1 Memastikan sijil kelayakan menduduki dikeluarkan kepada pemohon 14 hari selepas pengesahan penerimaan Borang E
2 Permohonan kelulusan sijil kelayakan menduduki diberi ulasan kepada pemohon 14 Hari
3 Memaklumkan permohonan kelulusan pelan tambahan rumah kediaman kepada pemohon sekiranya lengkap 24 Jam

**Dengan syarat memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan dan pihak pemohon menetapkan lawatan pemeriksaan bersama jabatan teknikal.

Kelulusan permohonan lesen-lesen perniagaan, permit sementara dan iklan adalah seperti berikut:

BIL**PIAGAM PELANGGANTEMPOH
1 Setiap permohonan lesen perniagaan yang lengkap akan diproses untuk kelulusan 30 Hari
2 Mesyuarat Kelulusan Teknikal Pelesenan 2 Kali Sebulan
3 Permohonan lesen perniagaan tidak berisiko diluluskan 30 Minit