Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Program Publisiti Penyertaan Awam: Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (Pengubahan)

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN) akan dilaksanakan bermula  9 MEI 2024 HINGGA 8 JUN 2024

Orang awam dijemput membuat semakan ke atas laporan Draf RS Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) secara fizikal di lokasi-lokasi berikut:
i.    Foyer Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SUK Selangor), Shah Alam; 
ii.    PLANMalaysia Selangor, Lobi Bangunan Darul Ehsan (SUK 2), Shah Alam ;dan 
iii.    Foyer Bangunan F5 PLANMalaysia Ibu Pejabat, Putrajaya. 

Selain itu, semakan juga boleh dibuat di:
i.      Semua pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor; dan
ii.     Semua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Negeri Selangor.

Orang awam juga boleh melayari laman web PLANMalaysia Selangor di https://www.jpbdselangor.gov.my/ atau https://linktr.ee/rsns2035pengubahan untuk akses kepada dokumen dan borang bantahan.

#kitaSELANGOR
#MalaysiaMADANI
#RSNegeriSelangor2035(Pengubahan)