Majlis Perbandaran Kajang melalui Program Local Agenda 21 ingin membuka penyertaan kepada semua untuk menyertai Pertandingan Kebun Komuniti Tahun 2024.
Pertandingan ini terbuka kepada semua komuniti / persatuan penduduk / Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / KRT dan JMB dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang.
Borang penyertaan dan maklumat mengenai pertandingan boleh dirujuk dengan mengimbas kod QR yang tertera.