Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Iklan Kekosongan Petak Pasar, Medan Selera, Gerai UPEN, Gerai PLB dan Kiosk Januari 2024

photo 2024 01 17 15 54 06 1

Klik Untuk Maklumat Lanjut

 

CARA-CARA MEMOHON :

1. Borang permohonan boleh diambil di Tingkat 4 (Kaunter No. 3 & 4), Jabatan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kajang.
2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
     (i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir.
    (ii) 2 Keping Gambar Terkini Berukuran Pasport.
   (iii) Sijil Nikah / Surat Akuan Cerai
   (iv) Salinan Pendaftaran Perniagaan (SSM) dan
   (v) Penyata Bank ( 3 bulan )

3. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran /kehilangan dokumen.
4. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan kekosongan.
5. Bayaran proses permohonan adalah sebanyak RM 20.00 sahaja bagi setiap borang permohonan yang telah lengkap diisi.
6. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK.
7. Permohonan yang tidak menerima apa-apa makluman selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.
 

TARIKH IKLAN : 15 JANUARI 2024 ( ISNIN )
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 02 FEBRUARI 2024 ( JUMAAT )

 

Jabatan Pengurusan Harta
Majlis Perbandaran Kajang