Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Sesi Penyerahan Bendera Malaysia Kepada Majlis Perwakilan Penduduk Dan Jabatan/ Unit MPKj

Tarikh: 9 Ogos 2024 (Jumaat)

bendera malaysia

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67 tahun, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berbesar hati untuk mengagihkan bendera Malaysia kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) setiap 24 zon di bawah pentadbiran MPKj dan semua Jabatan/ Unit MPKj.

Tujuan pengagihan ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan penduduk di bawah pentadbiran MPKj dan menterjemahkan semangat tersebut dengan mengibarkan bendera Malaysia di kediaman masing-masing dalam tempoh sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.