Tarikh: 5 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dewan Komuniti MPKj @ Taman Kantan Permai.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj dan telah dihadiri oleh Kanak-Kanak Taska, Guru Taska, Ibu Bapa, Urusetia Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Tabung Haji Cawangan Cheras yang telah membuka kaunter bagi memberikan pelbagai urusan perkhidmatan Tabung Haji.
Hadiah kepada semua peserta dan cenderahati kepada guru telah disampaikan oleh Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat diiringi oleh Puan Azizah binti Amir, Pengusaha Taska MPKj dan Encik Abbas Ali bin Meera Hussain, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Tujuan program ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan kanak-kanak dan guru-guru. Selain itu, aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Disamping itu, program ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.