Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Program Semarak Merdeka MPKj 2024

merdeka

30 Ogos 2024 - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 Tahun, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Semarak Merdeka MPKj 2024.

Program ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua MPKj, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Jabatan/ Ketua Unit serta warga kerja MPKj dan dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti seperti:

- Pertandingan Pakaian Etnik Tercantik Kemerdekaan Kategori Jabatan/Unit, Individu Lelaki dan Wanita.

- Kuiz Kemerdekaan.

- Persembahan Nyanyian Lagu - lagu Patriotik.

Penyampaian sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua MPKj dan diiringi oleh Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj serta Encik Mohammad Izuddin bin Ramli, Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Program ini juga bertujuan dan memberi peluang kepada warga kerja MPKj bersama-sama meraikan Sambutan Kemerdekaan dan menyertai aktiviti yang disediakan.