Tarikh : 30hb Ogos 2023 (Rabu)
Tempat : Lobi Utama Menara MPKj
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 Tahun, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Semarak Merdeka MPKj 2023.
Program yang melibatkan seluruh warga kerja MPKj dan orang awam ini dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti sampingan seperti:
- Pertandingan Video Pendek Kemerdekaan (Jabatan)
- Pertandingan Busana/ Pakaian Tercantik
- Kuiz Kemerdekaan
- Persembahan Busking Lagu - lagu Patriotik oleh Kumpulan Muzik MPKj.
Program ini juga bertujuan dan memberi peluang kepada warga kerja MPKj bersama meraikan Sambutan Kemerdekaan dan menyertai aktiviti sampingan yang disediakan.