Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Program River Care 2022 Taman Eko Rimba Sungai Tekala

rivercare1

rivercare2

Majlis Perbandaran Kajang di bawah Urusetia Bahagian Pelancongan, Jabatan Pembangunan Masyarakat menganjurkan Program River Care 2022 pada 27 Ogos 2022 yang bertujuan memelihara dan memulihara kawasan sekitar Taman Eko Rimba Sungai Tekala. Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah mengutip sampah, kempen menjaga alam sekitar dan taklimat berkenaan keselamatan air kepada peserta dan pengunjung yang ada daripada pihak bomba. Program ini juga dapat mewujudkan cinta kepada alam sekitar dalam usaha memelihara dan memuliharanya.