Program Latihan Simulasi Bencana Tanah Runtuh telah diadakan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Pasukan Pencarian dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan agensi respon di Negeri Selangor dalam menghadapi risiko bencana tanah runtuh sewaktu musim monsun timur laut di Pulau Meranti, Sepang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan diiringi YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perlaksanaan Operasi NADMA, YBhg. Datuk Hussain Omar Khan, Ketua Polis Selangor, YBrs.Tuan Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor serta YBrs. Tuan Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). Turut hadir En. Kamarul Izlan bin Sulaiman Ketua Unit Perancangan Korporat MPKj (UKK).
Program Latihan Simulasi ini dijalankan selamat dua hari bermula 6 Oktober 2024 hingga 7 Oktober 2024 melibatkan seramai 120 orang peserta daripada pelbagai agensi diantaranya Polis Diraja Malaysia Kontinjen Selangor (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor (APM), Briged ke-11 Infantri Malaysia (ATM), Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), sembilan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Diharapkan simulasi ini dapat membantu kesiapsiagaan jentera Kerajaan Negeri Selangor dalam menghadapi sebarang risiko bencana.