29 Ogos 2024 - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Program Konvoi Motosikal Kembara Merdeka Majlis Perbandaran Kajang 2024 bersempena dengan Bulan Kebangsaaan 2024 yang menjadi platform dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat dengan membawa Jalur Gemilang.
Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang dengan diiringi oleh Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss@Mohd Hatta,Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang diiringi Pengarah-pengarah jabatan dan ketua-ketua unit telah melakukan flag off kepada peserta konvoi MERDEKA.
Peserta-peserta konvoi ini telah singgah di 3 buah PBT terdekat dengan MPKj iaitu Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk menyerahkan Jalur Gemilang.
#MPKjbandarberdayahunimenjanaekonominegara
#MPKjkearahbandaraya
#MPKjdihati
#Kitaselangormajubersama
#Malaysiamadani
#Jiwamerdeka