Tarikh: 9 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Taska, MPKj
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Klinik Pergigian Kajang. Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Pergigian dan kakitangan dari Klinik Pergigian Kajang. Pihak Klinik telah membuat pemeriksaan gigi kanak-kanak serta memberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara menggosok gigi yang betul.
Tujuan program ini diadakan ialah untuk menggalakkan kanak-kanak memberus gigi dengan cara yang betul setiap hari di Taska dan di rumah.