Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Program Bicara Santai Pengarah SPRM, Negeri Selangor Bersama Ketua-Ketua Jabatan, MPKj Sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun 2024 : “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka”

sprm

1 Ogos 2024 - Bertempat di Bilik Banquet, Tingkat 7, Menara MPKj telah berlangsungnya Program Bicara SantaiPengarah SPRM Negeri Selangor bersama Ketua-ketua Jabatan MPKj sempena sambutan Kemerdekaan Tahun 2024 yang bertemakan “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka”.

Ybhg. Dato’ TPj. Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM, Negeri Selangor telah dijemput khas memberi ceramah pada program ini. Turut hadir pada program ini Yang Dipertua MPKj, Tuan Nazli Bin Md Taib, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta bersama Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Unit serta Pegawai-Pegawai MPKj. SPRM juga turut dihadiri Pegawai Kanan Penguasa SPRM, Negeri Selangor.

Antara pengisian program adalah memastikan tadbir urus terbaik di MPKj serta Pembudayaan dan pengukuhan nilai-nilai integriti dikalangan warga kerja MPKj. Program ini juga boleh meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan warga kerja MPKj kepada stakeholders serta peranan dan tanggungjawab ketua-ketua jabatan memantau kakitangan di bawah seliaan.

Diharapkan Inisiatif ini dapat mengurangkan risiko rasuah, pengelewengan, salah laku dan salah guna kuasa di bawah pentadbiran MPKj.