29 Ogos 2024 - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Perhimpunan Pagi Bil. 3/2024 yang telah dihoskan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPKj.
Majlis perhimpunan ini dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Selangor, ikrar perkhidmatan awam dan seterusnya ucapan pembukaan daripada Ar. Dr. Hajjah Bibi Khairani Binti Mohamed Sabri, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPKj.
Ucaptama perhimpunan pagi ini telah disampaikan oleh Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua MPKj. Dalam ucaptama itu, beliau mengajak semua warga kerja MPKj agar terus menyemarakkan semangat patriotisme yang dikecapi selama ini demi Negara yang tercinta sekaligus memartabatkan agenda untuk menjadi sebuah Negara yang maju.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kontinjen pasukan Selangor diatas pencapaian yang memberangsangkan sewaktu sukan SUKMA di Sarawak baru-baru ini.
Majlis perhimpunan pagi ini juga turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada pekerja terbaik bulanan MPKj dan penyerahan bendera kepada kontinjen Jabatan Penguatkuasa MPKj yang akan menyertai perbarisan hari kemerdekaan peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos ini.
#Beretikakehidupanberkualiti
#Kajangbandarpilihandidiami
#MPKjdihati
#PerhimpunanpagiMPKj