Seramai tujuh orang panel penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB PBT) dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diketuai oleh Puan Gs. Lily Hamaddah binti Ramle telah hadir membuat semakan dan penilaian terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 15 Ogos 2024.
Pembukaan penilaian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua MPKj serta YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj telah menyempurnakan penutupan penilaian SPB PBT bagi tahun ini. Sesi penilaian diakhiri dengan lawatan tapak ke Horizon Beranang Circuit yang baru dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor pada 8 Ogos 2024.
Beberapa cadangan penambahbaikan serta peningkatan penyampaian perkhidmatan perlu dilaksanakan oleh MPKj. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua pihak dalam menyelesaikan sesi penilaian semua indikator SPB PBT MPKj pada tahun ini.