Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Naziran Projek Di Bawah Peruntukan Inisiatif Belanjawan Tahun 2023 Bagi Pihak Berkuasa Tempatan-My Kiosk

Tarikh : 20 Julai 2024
Masa : 9 Pagi
Tempat : Lokasi Penempatan MYKIOSK@KPKT

kiosk

Satu lawatan dilokasi penempatan Mykiosk@KPKT telah dijalankan pada waktu dan masa seperti diatas bersama wakil Bahagian PembangunanJabatan Kerajaan Tempatan En Shahreil Hardy dan wakil dari Unit Pengurusan Projek dan Jabatan Pengurusan Harta. Tujuan lawatan ini dilaksanakan adalah bagi melihat status tawaran penempatan MYKIOSK@KPKT yang merangkumi perkara seperti berikut:

  1. Kemajuan fizikal
  2. Kemasukan peniaga
  3. Pematuhan syarat pembinaan
  4. Perkara yang perlu ditambah baik

Lawatan tersebut melibatkan lokasi di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang:

  1. Taman Kota Cheras
  2. Bandar Tun Hussein Onn
  3. Pekan Semenyih
  4. Bandar Tasik Kesuma
  5. Bandar Teknologi Kajang
  6. Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
  7. Seksyen 13 Bandar Baru Bangi