Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024

perhimpunan jalur gemilang

SHAH ALAM - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah hadir ke Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 pada 5 Ogos 2024 bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz.

YAB Dato' Seri Amiruddin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor telah melancarkan Hari Integriti dan Kempen Kibar Jalur Gemilang usai ucapan YAB Dato' Menteri Besar Selangor.

Seterusnya YAB Dato' Menteri Besar Selangor menyerahkan bendera kepada Pegawai Daerah dan Datuk Bandar serta Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Negeri Selangor.

Turut dipertontonkan persembahan puisi merdeka dan tayangan montaj khas Jiwa Merdeka. Bersama-sama menyemarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan Tahun 2024.