Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Lelongan Awam Barangan Sitaan Jabatan Penguatkuasaan, MPKj

7hb Februari 2023
9.00 pagi – 2.00 petang
Bengkel dan Stor Penguatkuasa Jalan Reko, MPKJ

lelongan 2023

lelongan 2023 1

Lelongan awam barangan sitaan dari Jabatan Penguatkuasaan, MPKj telah dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Harta dengan di bantu oleh kakitangan dari Bahagian Hasil dan Jabatan Penguatkuasaan, MPKj pada ketentuan masa dan lokasi seperti di atas.

Sesi lelongan awam ini telah dihadiri oleh 14 pembida yang terdiri dari orang awam yang berminat untuk menyertai lelongan awam yang menawarkan sebanyak 181 unit dari 17 jenis barangan.

Lelongan awam ini telah dijalankan oleh Encik Mohammad Farid Bin Abdullah (Penolong Pengarah, Jabatan Pengurusan Harta) yang bertindak selaku pegawai pelelong pada hari tersebut.

Hasil lelongan awam yang berjaya diperolehi pada sesi lelongan awam ini adalah sebanyak RM9,715.00 (anggaran hasil dari harga rizab adalah RM7,920.00).