Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Lawatan Teknikal Pengurusan Pengoperasian Tempat Letak Kereta Awam Oleh Perbadanan Putrajaya Di Majlis Perbandaran Kajang

Tarikh : 3 September 2024
 Masa : 10.00 pagi
Tempat : Menara MPKj

lawatan teknikal 2

Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) telah menerima kunjungan dari Delegasi Perbadanan Putrajaya(PPj) bersama anak syarikat PPj iaitu Putrajaya Leasuresand Services Group Sdn Bhd  (PULSE Group) yang diketuai oleh Cik Rahidayu binti Abdul Rased, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Trafik dan Pengangkutan Awam, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, PPj.

Lawatan yang turut disertai 12 orang Delegasi ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan tadbir urus dan pengurusan pengoperasian tempat letak kereta (TLK) awam berbayar di MPKj.

Puan Noryati Binti Anuar, Timbalan Pengarah Jabatan Undang-Undang, selaku wakil MPKj telah menyampaikan Taklimat Pengurusan Pengoperasian Tempat Letak Kereta Awam Berbayar di MPKj.

Wakil MPKj dan Wakil PPj juga berkongsi pandangan dan pengalaman dalan pengurusan pengoperasian TLK Awam berbayar di pentadbiran masing-masing 

Delegasi PPj seterusnya di bawa ke Bandar Kajang bagi melihat pelaksanaan dan penguat kuasaan TLK 2 jam yang telah dikuat kuasakan di MPKj semenjak 1 Jun 2023.

Lawatan ini secara tidak langsung dapat menjalinkan kerjasama yang erat di antara MPKj dan PPj serta membantu kedua-dua pihak dalam meningkatkan penyampaian kualiti perkhidmatan.