Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Lawatan Sambil Belajar Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Majlis Perbandaran Kajang Ke Majlis Bandaraya Kuantan

sispaa

Kuantan - Pada 19 Julai 2024 (Jumaat), delegasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan lawatan sambil belajar mengenai Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) ke Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). Lawatan ini bagi memperoleh pengetahuan dan perkongsian pengalaman mengenai pengurusan aduan serta cabaran-cabaran yang dihadapi.

Lawatan yang diketuai Encik Muqni Mubarak Bin Anwar Mubarak (Penolong Ketua Unit, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj) telah disambut Tuan Haji Mohd Nizam Bin Mahayuddin (Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan), Puan Norkamawati Binti Kamal (Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat MBK) dan Encik Mohamad Haziq Bin Mohamad Sabri (Ketua Unit Pengurusan Pelanggan, Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat MBK).

Pegawai aduan setiap jabatan/bahagian/unit MPKj merupakan delegasi dalam lawatan ini. Semoga lawatan seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.