BERANANG - YBrs. Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama tetamu kehormat merasmikan pelepasan larian ria (fun run) yang dianjurkan oleh Eco World Development Group Berhad (Eco World Malaysia) pada 14 September 2024 (Sabtu) bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2024.
Hadir sama Encik Samsol bin Bahari, Ahli Majlis MPKj; Tan Sri Dato' Sri Liew Kee Sin, Pengerusi Eksekutif Eco World; Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi #AnakAnakMalaysia; Dato' Chang Khim Wah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World; Encik Liew Tian Xiong, Timbalan Presiden dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World; Datin Evon Yap Yoke Ching dan
Dato' Ho Kwee Hong, Pengurus Besar Eco World serta para peserta larian ria dan pengunjung bazar.
Larian ria sepanjang lima kilometer itu bertemakan Kita Prihatin atau "We Care" yang bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan, meningkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan penglibatan aktiviti komuniti. MPKj amat menggalakkan aktiviti sukan komuniti bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di kawasan pentadbiran MPKj.