Tarikh: 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang - 11.00 malam
Tempat: Medan Belia Kajang
Program bermula pada jam 4.00 petang iaitu temubual bersama Bisnes Radio RTM melibatkan peniaga-peniaga gerai di Medan Belia Kajang. Temubual ini bersiaran secara ‘live’ di dalam media sosial Bisnes Radio RTM bertujuan untuk memperkenalkan makanan-makanan yang terdapat di Medan Belia Kajang.
Pada jam 5.20 petang pula temubual bersama Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Encik Mohammad Izuddin Bin Ramli, bersama Deejay Nadeeya daripada Radio Klasik berkaitan Pelancongan dan Tempat-tempat menarik di dalam kawasan pentadbiran MPKj. Selain itu, beliau juga menghebahkan inisiatif Jabatan Pelesenan dan Penjaja untuk membantu menyusun dan menyelaraskan penjaja-penjaja di kawasan pentadbiran ini.
Acara diteruskan dengan edaran bendera sebagai gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan MPKj melibatkan Encik Balamurali a/l Govindaraju, Encik Thiagarajah a/l Rajagopal dan Puan Rawiyiah binti Zakaria selaku Ketua Whip MPP di Majlis Perbandaran Kajang. Serahan bendera turut dibuat kepada orang awam yang berada disitu disamping nyanyian lagu patriotik.
Pada sesi malam pula, program diteruskan sekali lagi dengan temubual bersama Pengarah, Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam, Encik Kamarul Izlan Bin Sulaiman bersama Deejay Azlan Radio Klasik.
Penutup program diserikan dengan persembahan nyanyian daripada bintang-bintang Radio Klasik dan penyanyi jemputan daripada MPKj yang juga pemenang Pertandingan Bintang Asli, Majlis Perbandaran Kajang bagi meraikan pengunjung dan peminat Radio Klasik di lokasi.
Sepanjang program berlangsung, Majlis Perbandaran Kajang diwakili oleh Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Pengarah, Jabatan Pengurusan Harta & Pengarah, Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam.