Unit Integriti, MPKj telah bekerjasama dengan Bahagian Sumber Manusia,Jabatan Khidmat Pengurusan MPKj dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) Daerah Hulu Langat untuk menganjurkan Program Integritibertajuk “Ceramah Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah” pada 10 Jun2022 secara bersemuka yang disampaikan oleh Encik Fadzli Bin Che Zakaria Johaari Bin Ismail, Penolong Pegawai Antidadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Langat dihadiri oleh warga kerja MPKj.
Program ini adalah sebagai salah satu agenda dalam memberi pengetahuan dan kesedaran kepada warga kerja MPKj berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah dan kepentingan mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat khususnya di MPKj. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan berkaitan jenis-jenis dadah dan kesan buruk yang bakal dihadapi jika menyalahgunakan dadah. Peserta juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan keadaan rakan sepejabat agar pencegahan boleh dibuat lebih awal. Ianya juga bertujuan untuk mendidik warga kerja MPKj untuk bersama-sama berganding bahu dengan AADK dalam melakukan perubahan memerangi penyalahgunaan dadah. Diharap dengan adanya program ini, warga kerja MPKj sentiasa menjaga integriti sebagai penjawat awam terutama dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam institusi kerajaan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan.