Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Bengkel Penyelarasan Teknikal Bagi Permohonan Permit Pemajuan Di Unit Pusat Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Kajang

osc 1 osc 2

 

Unit Pusat Setempat (OSC), MPKj telah mengadakan bengkel pada 23 hingga 24 November 2021 bertempat di Hotel Le Meridian, Putrajaya dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Raiz Bin RadzuanA.M.S, Timbalan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kajang iaitu

Tujuan bengkel adalah untuk mendapatkan input serta maklumbalas ATL/ATD terhadap penemuan audit bagi menyelaras serta penambahbaikan senarai semak sedia ada yang digunapakai selaras dengan Manual OSC 3.0 Plus.

Program selama 2 hari telah membincangkan tindakan penambahbaikan terhadap:

  • penemuan audit OSC 3.0 Plus oleh JKT, KPKT; dan
  • senarai semak OSC bagi Permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan.
  • Sesi perbincangan bengkel melibatkan seramai 48 peserta daripada Bahagian Perundingan Kawalan Pemajuan (JKT, KPKT), Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT, UPEN), Agensi Teknikal Luaran (ATL) dan Agensi Teknikal Dalaman (ATD), MPKj.