Tarikh : 25 September 2024
Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Bengkel dan Stor Penguatkuasa Jalan Reko, MPKJ.
Satu lelongan awam barangan sitaan dari Jabatan Penguatkuasaan,MPKj telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengurusan Harta,pada ketentuan masa dan lokasi seperti di atas. Sesi lelongan awam ini telah dihadiri oleh 40 pembida yang terdiri daripada orang awam.Sebanyak 305 unit dari 25 jenis barang yang telah dilelong pada sesi tersebut. Lelongan awam ini telah dilaksanakan oleh Encik Mohammad Farid Bin Abdullah(Penolong Pengarah Kanan,Jabatan Pengurusan Harta) bertindak selaku pegawai lelong. Hasil lelongan awam yang berjaya diperolehi adalah sebanyak RM21,280.00(anggaran hasil dari harga rizab adalah 15,880.00) Walaubagaimanapun,terdapat 30 unit barang dari 12 jenis barangan tidak berjaya dijual. Sesi lelongan awam in tamat pada jam 3.30 petang.