Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Anugerah Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021

berdaya huni 2

berdaya huni 3

berdaya huni 4

berdaya huni 5

Majlis Perbandaran Kajang telah menerima Anugerah Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021 yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena Majlis Pelancaran Indeks Daya Huni (iDAM) di Hotel Zenith, Putrajaya pada 18hb Ogos 2022. Penganuerahan ini kepada MPKJ dalam pencapaian yang baik dan seimbang berdasarkan enam kriteria utama iDAM iaitu pembangunan ekonomi yang makmur dan kalis masa depan, penambahbaikan dalam kualiti dan pemuliharaan alam sekitar, keharmonian masyarakat dan kesejahteraan keluarga, penggunaan tanah dan sumber asli yang mapan, urus tadbir bandar yang cekap serta kemudahan infrastruktur yang inklusif. MPKj beritizam untuk terus memberikan perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap dan berkesan selaras dengan ekspektasi tinggi daripada pemegang taruh. Tahniah kepada semua warga MPKj!

#Penghargaan Bandar Berdaya Huni 2021
#Penghargaan Bandar Mampan 2021
#Penghargaan Pencapaian Terbaik SDG 11 2021
#MPKj ke arah Bandaraya Berdaya Huni, Menjana Ekonomi Negara