Tarikh : 13 Julai 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar 2, Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Kajang
Jumlah peserta : 40 orang
Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada individu dan komuniti setempat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat serta menjana pendapatan daripada aktiviti bercucuk tanam melalui kaedah hidroponik dimana secara tidak langsung dapat menjadikan bercucuk tanam sebagai hobi terutamanya di kawasan perumahan bertingkat yang kekurangan laman rumah.
Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan menjadikan kawasan kejiranan MPKj yang lebih hijau, berdaya huni dan mampan.
Program ini juga merupakan usaha dalam pelaksanaam matlamat pembangunan mampan (SDG) bagi inisiatif SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 13 (Tindakan Berkenaan Iklim) dan SDG 17 (Kerjasama Demi Mencapai Matlamat)