Kajang Municipal Council (MPKj)

Program Lawatan Sambil Belajar Kanak-kanak Taska MPKj Ke Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam

Tarikh : 27 Jun 2024 (Khamis)
Masa : 8.30 pa
Tempat : Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam

lawatan taska

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj dengan kerjasama Taska Dunia Intelek dan Pustaka Raja Tun Uda. Program ini telah dihadiri Kanak-Kanak Taska, Guru Taska, Wakil AJK Ibu Bapa dan Urusetia Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj.

Tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menambah ilmu pengetahuan dan meneroka kawasan baru serta memberi pengalaman sebenar untuk merasai dunia luar. Aktiviti di dalam program lawatan ini antaranya adalah permainan lego, life sketch book, tayangan video 3D, dan mewarna. Lawatan ini juga telah memberi impak yang positif kepada kanak-kanak dan pengalaman sebegini hanya boleh terhasil melalui lawatan sambil belajar.