Tarikh : 23 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Stesen MRT Batu 11, Cheras
Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menjalankan Program Jom Kunci Motosikal dengan memberikan kunci manga dan risalah keselamatan secara percuma bagi menggalakkan orang ramai agar peka dengan keselamatan harta benda dan mengunci motosikal sebagai langkah pencegahan jenayah curi motosikal.
Program ini turut disertai oleh Ahli Majlis Zon MPP 4 (Encik Edwin Tang Wei Yong), Haji Reduan bin Idris, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj, Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman, Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, wakil Jabatan Penguatkuasaan MPKj, serta wakil IPD Daerah Kajang.
ANGGOTA PDRM
- Asp Mohamad Khairul Firdaus Bin Ramli( KU URB)
- Insp. Raqib Bin Bakar (KPB BT9)
- Sin Mohd Emran Bin Mod Noor(KPB ВТНО)
- 3 orang anggota URB
- 3 orang anggota Rcj BTHO
- 3 orang anggota Amanita
Turut diadakan sesi serahan bendera Jalur Gemilang kepada penduduk setempat sempena sambutan Bulan Kebangsaan ke-67 Tahun 2024.