15 Disember 2023 - Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menjalankan Program Jom Kunci Motosikal dengan memberikan kunci mangga dan risalah keselamatan secara percuma bagi menggalakkan orang ramai agar peka dengan keselamatan harta benda dan mengunci motosikal sebagai langkah pencegahan jenayah curi motosikal di Pasar Kajang. Program ini telah disertai oleh Ahli Majlis Zon MPP 15 (En Ong Seng Peng), Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj, Jabatan Penguatkuasaan MPKj serta Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPKj.