YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib telah hadir ke Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 pada 22 Ogos 2024 bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang turut disertai YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan YAD Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Kumpulan PNB serta tetamu kehormat lain.
Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 yang berlangsung mulai 22 hingga 25 Ogos 2024 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Setia City Convention Centre menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, permainan interaktif, pesta makanan, dan konsert labur ria serta peluang memenangi hadiah hebat seperti rumah kediaman dan kereta.