Dewan Komuniti Semenyih - Sebanyak 25 pasukan terlibat dalam Penilaian Awal Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) pada 9 Julai 2024 dari pelbagai kategori iaitu agensi awam, swasta, universiti, kolej, sekolah, dan akar umbi.
Program yang dihadiri oleh Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah dinilai olen empat orang panel penilai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Panel penilai yang diketuai
Encik Syamsul Khoir bin Md Ridzuan akan memilih kumpulan yang layak ke peringkat akhir dan akan diumumkan setelah selesai penilaian AINS di seluruh PBT Selangor.
Berikut senarai kumpulan KIK MPKj yang menyertai Penilaian Fizikal Anugerah Inovasi Negeri Selangor Sektor Awam (AINS-SA) bagi tahun 2024:
1. V-QUEST : JABATAN PENILAIAN
2. GEN ZZAASS : BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
3. REAL IMPACT : JABATAN PENGUATKUASAAN
4. MARTPRO : JABATAN PENGURUSAN HARTA