28 Januari 2022- Lakaran sejarah manis dan istimewa kepada semua warga kerja MPKj dan manfaat akan dinikmati oleh warga penduduk pentadbiran MPKj dengan Pelancaran Sambutan Jubli Perak dan Perasmian Kaunter Bersepadu yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor disaksikan bersama YBhg. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Yang Dipertua MPKj ,YB Tuan Hee Loy Sian-EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Dato’ Haji Haris bin Kasim-Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Mazwan bin Johar-ADUN Sg. Ramal, YB Wong Siew Ki-ADUN Balakong serta Ahli-Ahli Majlis MPKj. Turut hadir meraikan YBrs. Dr. Ani bt Ahmad, Pegawai Daerah Hulu Langat, IPD Kajang, Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat dan Agensi Daerah Hulu Langat.
Merealisasikan pencapaian ulangtahun penubuhan 25 Tahun MPKj, pelbagai Inisiatif, Insentif dan Tawaran Menarik kepada para penduduk dan pembayar cukai antaranya adalah ;
- Baucar Khas Bayaran Cukai Taksiran RM10.00 untuk pembayaran setahun melalui platform digital web MPKj di e-Bayar.Terhad 5000 bayaran terawal bulan Januari dan Februari 2022.
- Diskaun 100% ke atas Fi Notis Semasa, Tunggakan Fi Notis, Waran Tahanan Semasa dan Tunggakan Waran Tahanan Semasa bagi pembayaran secara penuh.
- Pengurangan kompaun letak kereta dengan tawaran bayaran RM10.00 bermula 1 Januari sehingga 28 Februari 2022.
- 25% rebat sewaan Dewan Komuniti MPKj pada Mei 2022 ( Istimewa untuk sambutan perayaan, majlis dll. )
- 50% Insentif Pengurangan Sewaan Premis-Premis Milik MPKj.
- Pengurangan bayaran proses pindah milik harta ( Borang I ) dari RM50 kepada RM40 pada Julai 2022.
- Penyampaian kepada pemegang Lesen Perniagaan Serta Merta ( Fast Track ) 30 Minit di dalam Sistem E-Lesen MPKj (permohonan dalam talian di platform digital laman web rasmi MPKj ).
- Penjenamaan Pelekat Kenderaan Rasmi MPKj.
MPKj merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan semua pihak termasuk agensi kerajaan daerah dan berharap sistem penyampaian dapat ditingkatkan dengan lebih baik dan cemerlang selari dengan harapan menuju ke arah Bandaraya Berdaya Huni ( Liveable Cities ), Mampan dan Mencapai Kelestarian Perbandaran Menjelang Tahun 2025 - Pelan Strategik MPKj.