Kajang Municipal Council (MPKj)

Lawatan Sambil Belajar Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Majlis Perbandaran Kajang Ke Majlis Perbandaran Manjung

eksa

Ahli Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada 20 Ogos 2024 (Selasa).

Lawatan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang pelaksanaan EKSA dengan mendapatkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dari Majlis Perbandaran Manjung yang telah menerima status sijil Cemerlang untuk EKSA.

Puan Fatimah Nor binti Abd Rahim, Pengarah Unit Audit Dalam dan Kualiti merangkap Setiausaha Jawatankuasa EKSA MPM bersama pasukan EKSA MPM telah menyambut rombongan lawatan tersebut.

Lawatan penanda aras juga merupakan salah satu indikator dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB PBT) dan Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC).

Majlis Perbandaran Kajang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Manjung atas kesudian menerima kunjungan MPKj kali ini.