Delegasi dari Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah yang diketuai oleh Tuan Augus Tamaning (Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah) telah sudi hadir melawat ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 26 Januari 2024, Jumaat. Kunjungan turut dihadiri oleh pegawai dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Negeri Sabah serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAN) Negeri Sabah.
Puan Egna Francis Gitom (Pengarah Unit Pusat Setempat MPKj) mewakili MPKj telah menyampaikan taklimat, perkongsian maklumat, soal jawap dan mengetuai lawatan ke Unit Pusat Setempat (OSC) MPKj. Turut hadir dari MPKj Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman (Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj) serta pegawai lain.
Fokus lawatan ini mengenai beberapa perkara iaitu pengurusan dan operasi OSC MPKj, Sistem OSC 3.0 Plus serta pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam Sistem 3.0 Plus.
MPKj amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran delegasi dari Negeri Sabah.