Tarikh: 1 Februari 2024 (Khamis)
Tempat: Green Lung Lane, Tapak Semaian dan Kebun, Pusat Letak Kenderaan Tunda/Sita, Pusat Kurungan Anjing Liar, Pusat Kompos, Hari Terbuka Putrajaya serta Medan Belia Kajang.
Objektif:
1. Sesi suai kenal dan pengenalan kepada inovasi.
2. Mencerna idea baharu untuk program inovasi dan KIK MPKj.
3. Menggalakkan penyertaan pelbagai jabatan dalam aktiviti inovasi.
Hasil:
1. Peserta dan mentor melaksanakan kaedah sumbang saran (brainstorming) secara berbeza diluar bilik kursus (outdoor).
2. Peserta dapat memperoleh sudut pandang dan perspektif berbeza berkaitan inovasi.
3. Peserta digalakkan membuat perkongsian idea secara silang jabatan atau skop tugas.
4. Peserta dapat memberi cadangan dan idea-idea baharu berkenaan inovasi.
Peserta: Pegawai Inovasi dari Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian, Jabatan Pelesenan dan Penjaja, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Bahagian Pentadbiran Am, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Unit Audit Dalam; serta Mentor-mentor Inovasi MPKj dan urus setia Inovasi MPKj