Kajang Municipal Council (MPKj)

Karnival Pengguna Arif Anjuran Jawatankuasa Tetap Pengguna Negeri Selangor

pengguna 3

pengguna 2

pengguna 1

31 Julai 2022 ( Ahad ) - Kemeriahan kehadiran warga Bangi khususnya  pada pagi Ahad ini di Karnival Pengguna Arif yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Padang Awam Seksyen 1 Bandar Baru Bangi ( Bersebelahan Pasah Basah Seksyen 1, Bdr Baru Bangi ). Yang Berhormat Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam Dan Industri Halal Selangor telah meluangkan masa merasmikan Karnival Pengguna Arif yang  dilaksanakan oleh Adab Youth Garage (AYG ) dengan kerjasama PBT-MPKj, ADUN Sg.Ramal, Ahli-Ahli Majlis MPKj, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, FOMCA, KDEB Waste Management, JKR, IPD Kajang, PDTHL, AJK Masjid Al Umm dan Surau An Nur agensi peringkat daerah.

Pelbagai aktiviti,kempen dan forum kesedaran kepenggunaan pada hari ini sedikit sebanyak memberikan  informasi kepada orang ramai sebagai pembeli dan pengguna dalam menangani masalah keperluan harian semasa di seluruh negara. Sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada para peniaga gerai, pasaraya runcit, peniaga pasar dan penjaja dalam merancakkan ekonomi pasca pandemik.
        
Turut Hadir YB Tuan Mazwan Johar, ADUN Sg.Ramal, Puan Zalinda binti Zainudin Penolong Setiausaha Majlis Perbandaran Kajang, Puan Rozeeta Binti Ramli Ahli Majlis MPKj Zon 17, Ahli-Ahli Majlis MPKj, Pengarah Jabatan serta Pegawai Kanan Majlis Perbandaran Kajang.

Semoga semua golongan masyarakat dapat memperolehi manfaat dari Kerajaan Negeri Selangor sebagai negeri yang tahan daya saing, memajukan sektor ekonomi dan menyokong usahawan dalam mengimbangi kawalan pasaran harga barangan produk demi kesejahteraan dan kelangsungan kehidupan masyarakat sejagat.