Kajang Municipal Council (MPKj)

Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

audit ekosistem

MENARA MPKj - Pada 28 hingga 30 Mei 2024 telah berlangsungnya sesi pengauditan bagi Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang pertama kalinya bagi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) oleh panel penilai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

Audit EKSA yang diketuai oleh Encik Mohd Muqsidi bin Tohid@Zulkifli bersama panel penilai Puan Iza Illani binti Mohd Ali, Encik Sulaiman bin Harun dan Puan Asilatulsyila binti Ahmad Shukari serta fasilitator Encik Mohd Fairuz bin Zainuddin dan Puan Siti Noraini binti Ismail.

Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj telah merasmikan pembukaan dan penutupan audit EKSA tersebut. Audit dijalankan bagi menilai pelaksanaan dan kepatuhan MPKj terhadap keperluan dan kriteria EKSA bagi mencapai matlamat kawasan persekitaran kerja yang kondusif, selamat dan berimej korporat.

Majlis Perbandaran Kajang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian panel penilai dari SUK hadir ke MPKj serta atas kerjasama semua pegawai dan kakitangan MPKj dalam menjayakan EKSA.