Kajang Municipal Council (MPKj)

Hebahan Sembilan Instrumen Teras Hak Asasi Manusia, Konvensyen Berkaitan Dengan Status Pelarian serta Statut Rom Yang Diterjemahkan ke Bahasa Melayu

Kementerian Luar Negeri Wisma Putra (KLN) telah bekerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia (Office of the High Commissioner of Human Rights-OHCHR) untuk menterjemah sembilan (9) Instrumen Teras Hak Asasi Manusia, Konvensyen Berkaitan Dengan Status Pelarian serta Statut Rom Yang Diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak yang berkepentingan dan masyarakat umum mengenai obligasi negara sekiranya Malaysia menyertai dan meratifikasi setiap triti tersebut kerana ia juga merupakan ikrar dan komitmen Malaysia semasa proses melobi keanggotaan Majlis Hak Asasi Manusia  (MHAM) bagi penggal 2022-2024.

Dokumen berkaitan boleh dimuatnaik di pautan berikut.

Sila Klik Di Sini