Lampu Menara MPKj dipadamkan tepat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sempena Program Earth Hour 2022 pada 26 Mac 2022. Tindakan memadamkan lampu ini merupakan langkah simbolik untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang disambut seluruh dunia. Kita bergelap kerana kita peduli. Program ini juga merupakan usaha dalam pembangunan matlamat pembangunan mampan (SDG) bagi inisiatif SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 13 (Tindakan Berkenaan Iklim) dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat).