Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Program CSR AEON Bubur Lambuk Mega Bersama MPKj Dan Komuniti

csr csr2

 

csr3

Program CSR AEON Bubur Lambuk Mega Bersama MPKj Dan Komuniti telah diadakan pada 19hb. April 2022 (Selasa) bertempat di AEON BIG Bandar Tun Hussein Onn Cheras, Selangor. Penganjuran program ini adalah kerjasama di antara Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama AEON BIG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Program CSR AEON Bubur Lambuk Mega Bersama MPKj Dan Komuniti ini adalah inisiatif kelestarian AEON Retail Malaysia berkongsi rezeki dengan menyediakan 1,500 pek bubur lambuk diagihkan kepada pengunjung-pengunjung Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Mensyukuri nikmat bersama komuniti di kawasan pentadbiran PBT-MPKj dalam merancakkan disamping berbakti kepada anak-anak yatim/asnaf. YBhg. Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang turut berpeluang menyerahkan 1,500 pek Bubur Lambuk yang telah dimasak secara kenduri bersama pegawai dan kakitangan AEON Big Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

Seramai 40 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia Sungai Kantan, Kajang menerima sumbangan hadiah Aidilfitri iaitu baju raya serta duit raya yang disampaikan oleh Tuan Haji Reduan Bin Idris, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj bersama-sama YBhg. Datin Noryahwati Mohd Noh, Pengarah Urusan AEON Delight (Malaysia), Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan En Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON Big Co. (M) Sdn. Bhd.

Turut hadir meraikan pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai jabatan serta kakitangan MPKj. Semoga amalan berkongsi rezeki menjadi satu kebajikan dan menyampaikan hasrat murni PBT dan pihak syarikat Korporat untuk meneruskan program sebegini pada masa hadapan.