Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Program Bazar Ramadan Mampan Tahun 2023 Majlis Perbandaran Kajang

Tarikh: 12 April 2023, Rabu
Masa: 4:00petang
Tempat: Gerai Juadah Ramadan, Bandar Tasik Kesuma, Beranang

bazar 2 2023

bazar 2023

Program Bazar Ramadhan Mampan Tahun 2023 di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) adalah inisiatif Jabatan Pelesenan dan Penjaja (JPL) bagi membangunkan dasar-dasar dan pelan tindakan komprehensif ke arah pengurusan sisa pepejal yang holistik bagi persekitaran yang kondusif.

Pelaksanaan program ini setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Akaun Amanah Caj Beg Plastik Di Negeri Selangor Majlis Perbandaran Kajang Bil.2/2022 selaras dengan penganjuran program di bawah Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Teknologi Hijau, dan Hal Ehwal Orang Asli bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan penggunaan bahan pembungkusan yang diketahui boleh mendatangkan mudarat yang buruk kepada kesihatan manusia dan menjadi penyebab kepada masalah alam sekitar kerana mengambil tempoh yang lama untuk terurai secara semula jadi.

Ini secara tidak langsung dapat menunjukkan bahawa MPKj komited dalam memastikan program ini dapat mencapai objektif seperti yang telah disasarkan dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Program ini telah disempurnakan oleh Y.Brs Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Yang Dipertua MPKj. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah Jabatan MPKj dan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Tasik Kesuma. Pihak JPL turut mengedarkan bekas makanan secara percuma kepada semua pengunjung gerai juadah ramadhan sebagai simbolik kepada pelaksanaan program ini.