Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Unit Pusat Setempat, MPKj Tahun 2022

osc 1 0

osc 2 0

Pada 27 Jun 2022, Unit Pusat Setempat (OSC), MPKj telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Unit Pusat Setempat bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka Putih, Aras 7, Menara MPKj.

Seramai 33 orang peserta daripada ATD (JPP, JKB, JKej, JLR, & JPK, JPN, JUU, COB & IT), ATL (LLM, PMS, PTD, JAS, JBPM, LUAS, IWK, TNB & Air Selangor) dan JKT, KPKT termasuk pihak urusetia telah hadir ke mesyuarat yang tersebut.

Mesyuarat penyelarasan tersebut diadakan bertujuan untuk memantau status tindakan penambahbaikan oleh ATD/ATL yang terlibat selaras dengan teguran Audit JKT, KPKT.