Tarikh : 07/07/2022
Hari : Khamis
Lokasi : Baling Kedah
Bil. anggota: 17
Operasi pembersihan sisa banjir / lumpur di sekitar Kampung Tanjung Merbau, Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah. Pembersihan telah dilaksanakan dengan menggunakan JCB / HPT dan sisa banjir lumpur telah dibuang sebanyak 20 trip pembuangan.
Bantuan daripada anggota – anggota yang terlibat yang telah melaksanakan kerja – kerja korekan lumpur di dalam longkang secara manual serta kerja – kerja pembersihan sisa pukal di kawasan sekitar yang turut terjejas.