Tarikh : 19 Januari 2023
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Dataran MPKj @ Stadium Kajang
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memandang berat terhadap penagihan dadah dan sentiasa mengambil langkah-langkah yang tegas untuk memastikan warga kerja MPKj tidak terlibat dengan penagihan dadah. Unit Integriti dan Transparensi, MPKj serta Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan program ujian saringan air kencing secara mengejut dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Langat.
Progam ini dihadiri oleh seramai 4 orang kakitangan AADK. Ujian saringan ini dilaksanakan semasa Kursus Asas Penguatkuasa Siri 1/2023 Jabatan Penguatkuasaan dan melibatkan seramai 26 warga kerja Jabatan Penguatkuasaan, MPKj yang baharu. Program berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata kepada kakitangan AADK yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, MPKj.