Kajang Municipal Council (MPKj)

Program Khidmat Komuniti Pembinaan Karakter Generasi Madani 2024

Tarikh : 6 Jun 2024 ( Khamis )

Masa: 8.00 Pagi - 2.00 Petang

1) Rumah Seri Kenangan, Cheras

2) KRT Seksyen 5, Bandar Rinching

khidmat komuniti

khidmat komuniti 2

Penglibatan:

1. Kolej Vokasional Gombak

2. Rumah Seri Kenangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat

3. KRT Seksyen 5, Bandar Rinching

4. MPP Zon 22

5. Jabatan Khidmat Pengurusan

6. Jabatan Landskap dan Rekreasi

7. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan

8. Unit Pengurusan Projek dan Fasiliti

9. Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam

Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj telah melaksanakan Program Khidmat Komuniti Pembinaan Karakter Generasi Madani 2024 pada hari ini dengan penglibatan inter-agensi bagi memberi ruang kepada pelajar-pelajar Kolej Vokasional Gombak untuk merasai pengalaman melaksanakan program berbentuk khidmat kepada masyarakat. Seramai 72 pelajar dengan 11 guru pengiring terlibat dalam program ini.

Para pelajar didedahkan dengan dua persekitaran dan pengalaman berbeza berdasarkan pemilihan lokasi dan kumpulan sasar program ini.

Dilokasi pertama, pengisian adalah berbentuk khidmat bantuan untuk mengecat semula ruangan dalam surau Rumah Seri Kenangan bagi memberi keselesaan kepada warga emas di situ untuk beribadah. Selain itu, kumpulan pelajar ini juga ditugaskan untuk membantu mengemaskan kawasan persekitaran selepas cantasan pokok-pokok di dalam kawasan tersebut dibuat.

Seterusnya pelajar-pelajar ini meneruskan lagi pengisian “Kotak Riang Ria Seri Kenangan” untuk menyantuni golongan warga emas disini dengan aktiviti-aktiviti yang ceria dan menghiburkan. Pengisian aktiviti-aktiviti seperti senaman chair-robic, bernyanyi dan menari bersama sehingga menyuap makanan kepada warga emas yang turut serta memberikan keceriaan di wajah penghuni disitu.

Bagi kumpulan di lokasi kedua, murid-murid didedahkan dengan aktiviti gotong royong mengutip sampah dan juga rewang bagi memasak lauk makanan tengahari. Selain itu, pelajar-pelajar turut diberi taklimat daripada Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan pencegahan pembiakan Nyamuk Aedes, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang melatih tindakan pertolongan cemas. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan asas daripada KOSPEN BR5 dan juga demonstrasi pembuatan pegaga goreng yang dipetik terus daripada kebun komuniti KRT Seksyen 5 ini.

Diakhir program, para pelajar ini diceriakan dengan keputusan pertandingan kutipan sampah paling banyak dan hadiah yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Yang Dipertua sendiri dan seterusnya jamuan makan hasil rewang komuniti setempat dan wakil pelajar.

Pengisian-pengisian sebegini pastinya memberi nilai tambah dalam diri para pelajar Kolej Vokasional Gombak ini bahawa pembinaan karakter generasi Madani harus bermula dengan pengisian nilai-nilai murni yang akan menjadi bekal di masa hadapan.