Kajang Municipal Council (MPKj)

Program Integriti Majlis Perbandaran Kajang Kepentingan Budaya Integriti Dan Etika Kerja Dalam Organisasi

etika kerja

etika 2

Unit Integriti, MPKj telah menganjurkan Program Integriti bertajuk “Kepentingan Budaya Integriti Dan Etika Kerja Dalam Organisasi pada 29 Julai 2022 secara bersemuka yang disampaikan oleh Encik Effezul Azran Bin Abd Maulop, Ketua Penolong Kanan Penguasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor di Mini Teater Cempaka Telur Tingkat 6, Menara MPKj dihadiri oleh warga kerja MPKj.

Program ini adalah sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti penjawat awam di pihak berkuasa tempatan khususnya di MPKj. Penjawat awam ialah tulang belakang kepada pentadbiran negara. Baik sahsiah dan akhlaknya maka baiklah kerja yang dilakukannya. Sehubungan dengan itu, semua warga kerja MPKj diseru agar memahami kepentingan budaya integrity dan etika kerja dalam organisasi.